Saturday, September 10, 2016



FOTOSINTESIS
1.     Fotosintesis zat makanan atau tenaga yang dilakukan oleh tumbuh-tunbuhan merupakan suatu proses biokimia anabolisme iaitu  pembentukan dengan menggunakan krofil, karbon dioksida dan air serta bantuan tenaga cahaya matahari.
2.     Tumbuhan-tumbuhan sebenarnya ialah sumber oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas.

Image result for pokok animasi

3.     Tumbuhan menyimpan tenaga solar dalam bentuk fotosintesis yang diperlukan oleh manusia dan haiwan.
4.     Dalam proses fotosintesis ini, pokok-pokok menyerap karbon diaksida dari udara yang dikeluarkan dari badan manusia dan sebaliknya pokok akan mengeluarkan oksigen.
5.     Pokok-pokok memerlukan cahaya matahari  untuk melakukan proses fotosintesis.
6.     Produk utama fotosintesis ialah oksigen.












Fungsi fotosintesis
  • Fungsi utama fotosintesis adalah untuk memproduksi glukosa sebagai sumber energi utama bagi tumbuhan, dengan adanya glukosa ini akan terbentuk sumber energi lemak dan protein pula. Nah zat-zat ini akan menjadi sumber makanan bagi manusia dan hewan, oleh karena itu proses fotosintesis ini sangat penting dalam kehidupan kita.
  • Prose Fotosintesis dapat membersihkan udara. Udara dibersihkan dengan diserapnya karbondioksida dan dihasilkannya oksigen. Sehingga sering kita dengar penanaman pohon untuk membersihkan lingkungan, karena ada proses fotosintesis inilah pohon bisa berguna untuk membersihkan udara kita. 
  • Kemampuan fotosintesis tumbuhan pada masa hidupnya akan membuat sisa sisa tumbuhan tersebut tertimbun di dalam tanah. Timbunan dari tumbuhan dalam waktu yang lama akan membuatnya menjadi batu bara yang merupakan bahan mentah dan sumber tenaga pada kehidupan moden.




           Video




Rujukan
  1. https://www.slideshare.net/MismanAmin/fotosintesis-sains-tahun
  2. https://www.pustakasekolah.com/fotosintesis.html
  3. https://bibitbunga.com/blog/tanaman-penghasil-oksigen-terbesar/
  4. https://www.youtube.com/watch?v=tF1EtfunLoM







Friday, September 9, 2016

ORGAN PERNAFASAN HAIWAN
  1.   Haiwan perlu bernafas untuk kekal hidup.
  2.   Melalui pernafasan, haiwan boleh mendapatkan oksigen yang diperlukan dari persekitarannya.
  3. Haiwan bernafas dengan menggunakan struktur pernafasannya.
  4.  Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:



Pemetaan i-think (Peta Buih)

Peparu
  •  Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu.
  •  Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.






Spirakel
  •  Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  •  Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.







Insang

  • Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.




Kulit lembap

  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  •  Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.




Video






Rujukan




Thursday, September 8, 2016

Sains Tahun 5
Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan

1.Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang membantunya untuk melindungi diri.


Berlindung daripada Musuh


a. Berduri
  •  Duri yang terdapat pada batang tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan kesakitan atau kecederaan pada haiwan atau manusia
  •  Contoh tumbuhan: pokok bunga ros, semalu, pokok kaktus

     
Pokok kaktus


b. Berbulu halus
  • Bahagian batang buluh mempunyai bulu-bulu halus yang menyebabkan kegatalan.
 
Pokok buluh

  • Pokok labu mempunyai bulu halus di bahagian batang, buah dan daun yang menyebabkan kegatalan apabila menyentuh pokok ini. 

Pokok labu


c. Bergetah
  •  Contoh tumbuhan: pokok nangka, pokok mangga, pokok getah, pokok keladi
  •   Pokok nangka menghasilkan getah untuk mengelakkan diri daripada dimakan.
  •   Getah mempunyai rasa yang pahit dan melekit. 
  •  Getah menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata. 
          
Pokok nangka


d. Beracun
  • Sesetengah tumbuhan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan  musuh sakit atau mati jika memakan tumbuhan ini.
  •  Buah pong-pong mempunyai biji benih yang beracun yang boleh digunakan untuk membuat racun tikus.
 
Buah pong-pong
  • Pokok alamanda menghasilkan cecair beracun yang boleh mengelakkan dirinya  daripada dimakan.
Pokok alamanda


e. Mengeluarkan bau
  • Rafflesia mengeluarkan bau yang amat busuk untuk menghindarkan haiwan daripada memakan bunga ini.
  • Bau yang busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain yang membantu menyebarkan biji benih bunga ini.
Rafflesia


Penyesuaian terhadap Iklim dan Musim


a. Akar panjang 
  •  Akar yang panjang digunakan untuk menyerap air dengan lebih baik.
  • Contoh tumbuhan: pokok kaktus


b. Batang menyimpan air
  •  Air yang disimpan oleh tumbuhan digunakan semasa musim kemarau dan cuaca  yang melampau panas.
  •  Contoh tumbuhan: pokok kaktus, pokok pisang
Pokok pisang


c. Menggulungkan daun
  • Daun digulungkan supaya luas permukaan daun kurang terdedah kepada cahaya matahari.
  •   Kehilangan air daripada tumbuhan dapat dielakkan.
  •  Contoh tumbuhan: pokok pisang, pokok keladi, pokok jagung, pokok tomato
         
Pokok jagung menggulungkan daun pada waktu panas.


d. Menggugurkan daun
  • Daun digugurkan apabila cuaca panas dan kering untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak.
  • Contoh tumbuhan: pokok bunga kertas, pokok getah   
Pokok bunga kertas

e. Daun berpecah-pecah
  •  Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah untuk mengurangkan rintangan air.
  • Daun yang berpecah-pecah ini mengelakkan daun daripada koyak dan pokok daripada tumbang.
 
Pokok kelapa

f. Daun berbentuk jarum
  •  Daun yang berbentuk jarum boleh mengelakkan kehilangan air.
  •  Contoh tumbuhan: pokok ru, pokok kaktus
 
Pokok ru


Pancaran Biji Benih
1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan memencarkan biji benh dan
     buahnya.
2. Biji benih disebarkan ke tempat lain melalui pencaran.
3. Pencaran ialah cara biji benih dibawa jauh daripada pokok induk.



Kepentingan Pencaran Biji Benih
1. Tumbuhan perlu memencarkan biji benih dan buah untuk kemandirian spesiesnya.
2. Biji benih perlu dipencarkan jauh daripad induk supaya dapat hidup dengan subur.
3. Biji benih yang tidak dipencarkan akan tumbuh berdekatan dengan induk dan akan
    mengalami persaingan sesama sendiri untuk mendapatkan keperluan seperti ruang,
    makanan, air dan cahaya.
4. Tumbuhan tidak dapat bertumbuh dengan sihat jika tidak mendapat keperluan yang
mencukupi.

Video:
Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri

Sumber Rujukan:
Buku Teks Sains Tahun 5

https://www.youtube.com/watch?v=LTmnCP8GEVs