Saturday, August 27, 2016

Sains Tahun 5
Unit 5 : Tenaga
1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
2. Tenaga diperlukan oleh benda hidup dan benda bukan hidup.





Sumber Tenaga



 Bentuk Tenaga





 


Perubahan Bentuk Tenaga
1. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
2. Simbol “→” digunakan untuk menunjukkan perubahan bentuk tenaga yang bermaksud “berubah kepada”.
3. Contoh perubahan bentuk tenaga:
(a) Menggosok tapak tangan
         Tenaga kinetik → Tenaga haba + Tenaga bunyi
                   


(b) Buah durian jatuh daripada pokok
      Tenaga keupayaan → Tenaga kinetik + Tenaga bunyi
                                                           




(c) Memetik tali gitar
     Tenaga keupayaan → Tenaga kinetik + Tenaga bunyi

Sumber Gambar:


Video :
Pengenalan Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui


Sumber Rujukan :
Buku Teks Sains Tahun 5







Sunday, August 21, 2016

SEJARAH TAHUN 4

Unit 4: Zaman Prasejarah

Pengenalan Tentang Zaman Prasejarah

Zaman prasejarah telah dibahagikan kepada:- 
  •         Zaman Paleolitik
  •         Zaman Mesolitik
  •         Zaman Neolitik
  •         Zaman Logam
  1. Tempoh masa bagi setiap zaman adalah berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
  2. Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.
  3. Zaman prasejarah di Malaysia pula merupakan Zaman PaleolitikZaman Neolitik,  dan Zaman Logam.
  4. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.
  5. Berdasarkan penyelidikan terdahulu, kita telah Mesolitik yang bercirikan alat batu  Hoabinh di Vietnam.
  6. Alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong ialah alat  batu Zaman Paleolitik. 

ZAMAN PALEOLITIK

Ciri-ciri penempatan:
  • Hidup berpindah-randah (nomad).
  • Tempat tinggal ialah:-
  1. Di kawasan terbuka (luar gua),
  2. Dalam gua,
  3. Sekitar tasik.
Kegiatan dan peralatan:
  • Buru binatang liar.
  • Pungut hasil hutan.
  • Hidup sara diri.
  • Guna alat batu yang kasar untuk memotong daging dan menetak pokok.
  • Alat batu penetak - digunakan untuk meraut dan memotong
Kepercayaan:
  • Animisme - percaya benda seperti batu untuk mempunyai semangat
  • Upacara perkuburan
  • Mayat dikebumikan bersama barang-barang
Petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia:
  1. Di Perak - Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong
  2. Di Sarawak - Gua Niah
  3. Di Sabah - Tingkayu
Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia:
    • Kota Tampan - disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara        negara terawal yang mengalami Zaman Prasejarah Dunia.
    • Gua Niah - kegiatan penggalain dilakukan.
    • Gua Gunung Runtuh - ditemui manusia Perak.





    Zaman Neolitik

    Ciri-ciri penempatan:
    • Menetap di gua atau hampir dengan sungai.
    • Wujud sistem bermasyarakat - mempunyai ketua dan pembahagian kerja.

    Kegiatan dan peralatan:
    • Cipta alat tembikar seperti periuk
    • Bercucuk tanam 
    • Tangkap ikan
    • Berburu
    • Pungut hasil hutan
    • Berdagang secara bertukar barang
    • Guna alat batu tetapi buatannya lebih kemas
    • Cipta barang kemas (kalung dan anting-anting)
    Kepercayaan:
    • Mengamalkan kepercayaan animisme
    Petempatan Zaman Neolitik di Malaysia:
    1. Di Kelanatn - Gua Cha
    2. Di Sabah - Bukit Tengkorak
    Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia:
    • Gua Cha, Kelantan - ditemui pengebumian manusia
    • Gua Harimau, Perak - ditemui artifak tembikar




    Zaman Logam

    Ciri-ciri penempatan:
    • Tinggal menetap
    • Segelintir manusia yang masih tinggal di dalam gua
    • Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai
    Kegiatan dan peralatan:
    • Alat logam daripada gangsa dan besi
    • Bercucuk tanam
    • Tangkap ikan
    • Ternak binatang
    • Berburu
    • Perdagangan tukar barang
    Kepercayaan:
    • Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
    • Pengebumian menggunakan kepingan batu
    Petempatan Zaman Logam di Malaysia:
    1. Di Pahang - Sungai Tembeling
    2. Di Perak - Gua Harimau dan Changkat Menteri
    Penemuan Zaman Logam di Malaysia:
    • Sungai Tembeling, Pahan - dijumpai kapak dan mata lembing
    • Lembah Bernam, Selangor - ditemui sabit
    • Klang, Selangor - ditemui pisau
    • Gua Harimau, Perak  - ditemui kapak gangsa dan acuannya
    • Raub, Pahang - dijumpai tulang mawas





    RUMUSAN

    Penemuan di Bukit Jawa telah buktikan bahawa Zaman Prasejarah di Malaysia bermula pada  20,0000 - 30,0000 tahun dahulu. Malaysia terkenal dengan penemuan manusia Perak. Nilai-nilai murni seperti kegigihan dan semangat berusaha haruslah kita contohi dalam kehidupan kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.



    PETA MINDA ( COLUMN NOTE)






    VIDEO TENTANG ZAMAN PRASEJARAH TAHUN 4:






    Sumber rujukan: Buku Teks Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan






    Friday, August 19, 2016

    Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2


    UNIT 4: Terang Dan Gelap


    Maksud Terang dan Gelap

    TERANG:
    • Pandangan yang jelas dengan kehadiran cahaya.
    • Dalam keadaan terang, semua objek dapat dikenali pasti secara jelas berdasarkan bentuk,  warna, dan jenis.
    • Ketika terang, kita dapat melihat sesuatu benda atau keadaan sekeliling dengan jelas.

    GELAP:

    i.  Pandangan tidak dapat melihat dengan jelas dalam keadaan yang tanpa kehadiran cahaya.
    ii. Ketika berada dalam keadaan yang gelap, pandangan mata hanya dapat melihat bentuk sesuatu objek sahaja.
    iii.  Dalam keadaan gelap pula, kita tidak dapat sesuatu benda atau keadaan sekeliling dengan jelas.


    Sumber Cahaya terdiri daripada:-

    - Matahari


    Api



    Sumber rujukan: 


    Lampu suluh 



    ***  Bulan bukan cahaya kerana bulan hanya memantulkan cahaya matahari.


    Kembar Gelap:
    Apakah itu kembar gelap?

    Kembar gelap merupakan bayang-bayang yang terjadi apabila terdapatnya keadaan yang terang dan gelap.

    Contoh kembar gelap: 

    Wayang Kulit
    • Apabila cahaya disuluh pada patung, bayang-bayang akan terhasil.
    • Bayang-bayang dapat dilihat pada layar.
    • Keadaan ini terjadi kerana cahaya tidak dapat menembusi objek legap.

    Gambar wayang kulit


    Kepentingan Cahaya Kepada Manusia
    • Cahaya membolehkan seseorang untuk melihat.
    • Cahaya matahari membolehkan kita dapat melakukan segala aktiviti biar di dalam rumah mahupun di luar rumah pada waktu siang.
    • Cahaya lampu pula membolehkan kita melihat atau membuat sesuatu aktiviti pada waktu malam.


       PETA MINDA ( JENIS CARTA ALIR )



    Video tentang Terang dan Gelap: 






    Buku Teks Sains Tahun 2



    Senarai rujukan

    • Buku Teks Sains Tahun 2