Sunday, August 21, 2016

SEJARAH TAHUN 4

Unit 4: Zaman Prasejarah

Pengenalan Tentang Zaman Prasejarah

Zaman prasejarah telah dibahagikan kepada:- 
  •         Zaman Paleolitik
  •         Zaman Mesolitik
  •         Zaman Neolitik
  •         Zaman Logam
  1. Tempoh masa bagi setiap zaman adalah berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
  2. Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.
  3. Zaman prasejarah di Malaysia pula merupakan Zaman PaleolitikZaman Neolitik,  dan Zaman Logam.
  4. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.
  5. Berdasarkan penyelidikan terdahulu, kita telah Mesolitik yang bercirikan alat batu  Hoabinh di Vietnam.
  6. Alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong ialah alat  batu Zaman Paleolitik. 

ZAMAN PALEOLITIK

Ciri-ciri penempatan:
  • Hidup berpindah-randah (nomad).
  • Tempat tinggal ialah:-
  1. Di kawasan terbuka (luar gua),
  2. Dalam gua,
  3. Sekitar tasik.
Kegiatan dan peralatan:
  • Buru binatang liar.
  • Pungut hasil hutan.
  • Hidup sara diri.
  • Guna alat batu yang kasar untuk memotong daging dan menetak pokok.
  • Alat batu penetak - digunakan untuk meraut dan memotong
Kepercayaan:
  • Animisme - percaya benda seperti batu untuk mempunyai semangat
  • Upacara perkuburan
  • Mayat dikebumikan bersama barang-barang
Petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia:
  1. Di Perak - Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong
  2. Di Sarawak - Gua Niah
  3. Di Sabah - Tingkayu
Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia:
    • Kota Tampan - disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara        negara terawal yang mengalami Zaman Prasejarah Dunia.
    • Gua Niah - kegiatan penggalain dilakukan.
    • Gua Gunung Runtuh - ditemui manusia Perak.





    Zaman Neolitik

    Ciri-ciri penempatan:
    • Menetap di gua atau hampir dengan sungai.
    • Wujud sistem bermasyarakat - mempunyai ketua dan pembahagian kerja.

    Kegiatan dan peralatan:
    • Cipta alat tembikar seperti periuk
    • Bercucuk tanam 
    • Tangkap ikan
    • Berburu
    • Pungut hasil hutan
    • Berdagang secara bertukar barang
    • Guna alat batu tetapi buatannya lebih kemas
    • Cipta barang kemas (kalung dan anting-anting)
    Kepercayaan:
    • Mengamalkan kepercayaan animisme
    Petempatan Zaman Neolitik di Malaysia:
    1. Di Kelanatn - Gua Cha
    2. Di Sabah - Bukit Tengkorak
    Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia:
    • Gua Cha, Kelantan - ditemui pengebumian manusia
    • Gua Harimau, Perak - ditemui artifak tembikar




    Zaman Logam

    Ciri-ciri penempatan:
    • Tinggal menetap
    • Segelintir manusia yang masih tinggal di dalam gua
    • Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai
    Kegiatan dan peralatan:
    • Alat logam daripada gangsa dan besi
    • Bercucuk tanam
    • Tangkap ikan
    • Ternak binatang
    • Berburu
    • Perdagangan tukar barang
    Kepercayaan:
    • Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
    • Pengebumian menggunakan kepingan batu
    Petempatan Zaman Logam di Malaysia:
    1. Di Pahang - Sungai Tembeling
    2. Di Perak - Gua Harimau dan Changkat Menteri
    Penemuan Zaman Logam di Malaysia:
    • Sungai Tembeling, Pahan - dijumpai kapak dan mata lembing
    • Lembah Bernam, Selangor - ditemui sabit
    • Klang, Selangor - ditemui pisau
    • Gua Harimau, Perak  - ditemui kapak gangsa dan acuannya
    • Raub, Pahang - dijumpai tulang mawas





    RUMUSAN

    Penemuan di Bukit Jawa telah buktikan bahawa Zaman Prasejarah di Malaysia bermula pada  20,0000 - 30,0000 tahun dahulu. Malaysia terkenal dengan penemuan manusia Perak. Nilai-nilai murni seperti kegigihan dan semangat berusaha haruslah kita contohi dalam kehidupan kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.



    PETA MINDA ( COLUMN NOTE)






    VIDEO TENTANG ZAMAN PRASEJARAH TAHUN 4:






    Sumber rujukan: Buku Teks Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan






    6 comments:

    1. Jadi kita nak pilih tajuk sejarah atau sains

      ReplyDelete
    2. Apa-apa subjek pun boleh digunakan untuk mencatat nota.

      ReplyDelete
    3. Penjelasan yang baik tentang zaman-zaman prasejarah. Column notes yang dibuat amat ringkas dan mudah difahami.

      ReplyDelete
    4. Terima kasih Poh! Saya akan tingkatkan usaha lagi dalam teknik untuk mengambil dan mencatat nota!

      ReplyDelete
    5. Masih ada ruang penambahbaikan pada "bullet" dan "numbering".
      Kemaskinikan penggunaan jadual agar lebih kemas.

      ReplyDelete
    6. Ok terima kasih Encik Wan Mazlan atas cadangan dan ajaran anda!

      ReplyDelete