ORGAN
PERNAFASAN HAIWAN
- Haiwan perlu bernafas untuk kekal hidup.
- Melalui pernafasan, haiwan boleh mendapatkan oksigen yang diperlukan dari persekitarannya.
- Haiwan bernafas dengan menggunakan struktur pernafasannya.
- Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:
Pemetaan i-think (Peta Buih)
Peparu
- Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu.
- Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.
Spirakel
- Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
- Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.
Insang
- Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
- Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.
Kulit
lembap
- Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
- Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
- Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
- Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini secara langsung melalui kulit yang lembap.
Terima kasih Hew kerana memberi penjelasan yang teliti tentang organ pernafasan haiwan. Gambar yang dicari amat sesuai dengan topik yang dibincangkan.
ReplyDeleteGambar-gambar yang dipaparkan agak menarik dan telah memberi penjelasan yang jelas
ReplyDeleteSaya dapat memahami organ penafasan haiwan yang berbeza selepas menonton video tersebut.
ReplyDeleteSaya dapat memahami organ penafasan haiwan yang berbeza selepas menonton video tersebut.
ReplyDeleteVideo tersebut sangat menarik.
ReplyDeleteVideo tersebut sangat menarik.
ReplyDelete