Sains Tahun 5
Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
1.Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang membantunya
untuk melindungi diri.
Berlindung daripada Musuh
a. Berduri
- Duri yang terdapat pada batang tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan kesakitan atau kecederaan pada haiwan atau manusia
- Contoh tumbuhan: pokok bunga ros, semalu, pokok kaktus
Pokok kaktus
Sumber Gambar: http://zeld.dvrlists.com/cactus/
b. Berbulu halus
- Bahagian batang buluh mempunyai bulu-bulu halus yang menyebabkan kegatalan.
Pokok
buluh
- Pokok labu mempunyai bulu halus di bahagian batang, buah dan daun yang menyebabkan kegatalan apabila menyentuh pokok ini.
Pokok labu
c. Bergetah
- Contoh tumbuhan: pokok nangka, pokok mangga, pokok getah, pokok keladi
- Pokok nangka menghasilkan getah untuk mengelakkan diri daripada dimakan.
- Getah mempunyai rasa yang pahit dan melekit.
- Getah menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.
Pokok nangka
Sumber Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Jackfruit
d. Beracun
- Sesetengah tumbuhan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan musuh sakit atau mati jika memakan tumbuhan ini.
- Buah pong-pong mempunyai biji benih yang beracun yang boleh digunakan untuk membuat racun tikus.
Buah pong-pong
- Pokok alamanda menghasilkan cecair beracun yang boleh mengelakkan dirinya daripada dimakan.
Pokok alamanda
Sumber Gambar: http://herba.berita1.com/alamanda-allamanda-cathartica
e. Mengeluarkan bau
- Rafflesia mengeluarkan bau yang amat busuk untuk menghindarkan haiwan daripada memakan bunga ini.
- Bau yang busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain yang membantu menyebarkan biji benih bunga ini.
Rafflesia
Sumber Gambar: http://www.rafflesiaflower.com/
Penyesuaian terhadap Iklim dan Musim
a. Akar panjang
- Akar yang panjang digunakan untuk menyerap air dengan lebih baik.
- Contoh tumbuhan: pokok kaktus
b. Batang menyimpan air
- Air yang disimpan oleh tumbuhan digunakan semasa musim kemarau dan cuaca yang melampau panas.
- Contoh tumbuhan: pokok kaktus, pokok pisang
Pokok pisang
c. Menggulungkan daun
- Daun digulungkan supaya luas permukaan daun kurang terdedah kepada cahaya matahari.
- Kehilangan air daripada tumbuhan dapat dielakkan.
- Contoh tumbuhan: pokok pisang, pokok keladi, pokok jagung, pokok tomato
Pokok jagung menggulungkan daun pada waktu panas.
Sumber Gambar: https://www.ag.ndsu.edu/cpr/plant-science/drought-stress-beginning-to-impact-corn-growth-7-5-12
d. Menggugurkan daun
- Daun digugurkan apabila cuaca panas dan kering untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak.
- Contoh tumbuhan: pokok bunga kertas, pokok getah
Pokok
bunga kertas
e. Daun berpecah-pecah
- Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah untuk mengurangkan rintangan air.
- Daun yang berpecah-pecah ini mengelakkan daun daripada koyak dan pokok daripada tumbang.
Pokok kelapa
Sumber Gambar: http://appi.32-b.it/coconut-tree/
f. Daun berbentuk jarum
- Daun yang berbentuk jarum boleh mengelakkan kehilangan air.
- Contoh tumbuhan: pokok ru, pokok kaktus
Pokok ru
Sumber Gambar: https://www.flickr.com/photos/kaylengzhai/8338510498
Pancaran Biji Benih
1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan
memencarkan biji benh dan
buahnya.
2. Biji benih disebarkan
ke tempat lain melalui pencaran.
3. Pencaran ialah cara
biji benih dibawa jauh daripada pokok induk.
Kepentingan Pencaran Biji Benih
1. Tumbuhan perlu
memencarkan biji benih dan buah untuk kemandirian spesiesnya.
2. Biji benih perlu
dipencarkan jauh daripad induk supaya dapat hidup dengan subur.
3. Biji benih yang tidak
dipencarkan akan tumbuh berdekatan dengan induk dan akan
mengalami
persaingan sesama sendiri untuk mendapatkan keperluan seperti ruang,
makanan, air
dan cahaya.
4. Tumbuhan tidak dapat
bertumbuh dengan sihat jika tidak mendapat keperluan yang
mencukupi.
Video:
Ciri-ciri Khas Tumbuhan
untuk Melindungi Diri
Sumber Rujukan:
Buku Teks Sains Tahun 5
Terima kasih Poh atas penjelasan yang menarik tentang proses hidup tumbuhan dan peta minda yang memudahkan kami untuk mengingat isi-isi penting
ReplyDeletenota yang cukup menarik kerana peta minda yang anda buat amat jelas, menarik dan mudah difahami. Bagus!! tersuskan berusaha!!
ReplyDeleteNota sangat padat dan mudah dingati.
ReplyDeleteBagus! Gambar yang sangat menarik dan mempunyai penerangan yang jelas.
ReplyDeleteBagus! Gambar yang sangat menarik dan mempunyai penerangan yang jelas.
ReplyDeleteBagus lengkap dan sangat menarik.
ReplyDeletebenda paling bosan di dunia
ReplyDeleteSains best lah kau nape
DeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring