Friday, September 2, 2016

Sejarah Tingkatan 5
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara-
Imperialisme Barat di Asia Tenggara


1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Imperialis Barat
Sumber Gambar:  



Faktor-faktor Imperialisme Barat



a. Kekayaan Bahan Mentah
  • Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah membolehkan mereka menghasilkan hasil perkilangan secara besar-besaran.
  • Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten.
  • Contoh bahan mentah : bijih timah, kayu jati, tebu, kelapa

b. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
  • Penggunaan kapal berkuasa wap:
-       mengangkut muatan yang lebih banyak
-       mempercepat perjalanan antara Barat dengan Timur
  •  Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan antara Barat dengan Timur.

Terusan Suez
Sumber Gambar: https://www.quora.com/What-is-the-Suez-Canal-Why-is-it-important

  •  Penciptaan telegraf
-       dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan
-       ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur
-        urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih cepat

c. Persaingan Kuasa-kuasa Barat
  • Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu.
  • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat.

d. Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun
  • Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme.
  • Kedua-dua kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
  • Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
  • Perancis berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun yang bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
  • Mubaligh Kristian berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
1.  Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. 
2.


Filipina


Indonesia
 


Burma


IndoChina


Malaysia


Sumber Gambar:


Thailand
1. Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara Barat atau negara Timur.
2. Birokrasi Barat diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
3. Usaha Raja Mongkut dalam pengenalan birokrasi Barat:
  •  80 orang penasihat Barat dilantik untuk mengetuai jabatan dan melatih pegawai-pegawai tempatan.
  • Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain.
  • Penasihat kastam dan ketenteraan dibawa masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis.
4. Usaha Raja Chulalongkorn dalam pengenalan birokrasi Barat:
  • Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri diperkenalkan.
  • Juruaudit dari Britain dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Video:
 
Imperialisme Barat di Asia Tenggara


Sumber Rujukan:
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5

2 comments:

  1. Terima kasih Poh kerana telah menerangkan topik tersebut dan menggunakan teknik Column note yang agak menarik!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Poh kerana telah menerangkan topik tersebut dan menggunakan teknik Column note yang agak menarik!

    ReplyDelete